Wednesday, October 21, 2009

City Cafe

21 October 2009

I tried to open my cafe after getting advice from a friend. With only sell burgers, beverage and fruit pieces I found extremely discouraging response. Not many customers. The space pedestrian was desolated from passers-by caused the business activities not robust.

City Cafe at New Rawang Terminal


City Cafe on our trial to test the market


Sun was helping herself


Sun was making her own steam corn...let her learn!

I provide free meal for my students in City Cyber. Just a small gift in helping them to reduce their expenses. We had no experience in making burger but we just gave a try! Few burgers were sold.
And finally I temporarily closed my cafe!

Tuesday, October 13, 2009

Sekitar Perkahwinan Syihin 26 September 2009

Perjalanan menaiki bas dari Labis ke Sungai Petani bermula sekitar jam 9 malam. Saya dan suami menunggu di Restoran Jejantas Sungai Buloh dan bas tiba sekitar jam 1.30.
Berhenti di Tapah untuk minum... saya teringat kata-kata rakan saya Guy Albert dari Perancis..."Dihentian tersebut keadaan sangat bersih dan ada bilik air dan boleh mandi dan ia percuma! Sangat memalukan negara Perancis...!!(Rakan saya terlupa agaknya bayaran telah pun dimasukkan kedalam tol yang dibayarnya!)

Kami tiba di Sungai Petani jam 9 pagi dan terus ke rumah persinggahan. Dengan 3 bilik air untuk penumpang sebuah bas, agak mustahil semuanya boleh siap jam 10 pagi untuk acara akad nikah. Saya orang pertama yang mandi!

Kami tiba di surau jam 10.30 malangnya acara akad nikah telah selesai. Agak terkilan kerana tak berkesempatan menyaksikan acara penting itu. Apa pun semua telah selamat. Aksi akad nikah dilakukan sekali lagi untuk membolehkan ia dirakam oleh lensa kamera!
Kedua mempelai anggun berbaju warna merah jambu!


Upacara akad nikah


Keluarga pengantin lelaki - dari kiri : Kak Cik (Pah), Ngah (Hj Rogayah),Uteh (Soleha - ibu pengantin lelaki), Pengantin Perempuan, Ana dan Tanti. Bertudung hijau di belakang ialah Kak Long


Majlis akad nikah dilakukan di surau Andalusia Sungai Petani Kedah


Selesai acara akad nikah kami ke sebuah rumah lagi untuk acara menyerahkan barang hantaran dan membatal air sembahyang. Barang hantaran begitu cantik di hias...dipenuhi dengan bunga-bunga segar sehinggakan terasa bagai berada dalam taman indah! Saya difahamkan, hiasan barang-barang hantaran dilakukan sendiri oleh pengantin perempuan. Di bawah adalah gambar-gambar kenangan untuk acara bertukar dulang hantaran dan juga membatal air sembahyang.


Senyuman kedua-dua pengantin


Pengantin dikelilingi dulang hantaran


Bersama ibu dan ayah pengantin lelaki


Menyarungkan rantai


Memakaikan rantai tangan


Inilah yang dinamakan istiadat membatalkan air sembahyang...Dah besar panjang rupanya budak Syihin niii....


Bersama keluarga pengantin perempuan yang berpakaian sedondon


Bersama keluarga pengantin lelaki yang berpakaian warna warni


Pn Apipah (Kak Chik) kena denda bawa dulang hantaran...!


Ketibaan rombongan pengantin lelaki ke Laguna Merbok dimana berlangsungnya majlis persandingan kedua mempelai


Sibuk betul makcik ni nak bergambar di kolam renang! Nasib baik kami dapat sabarkan dia yang begitu beriya nak mandi!


Kedua mempelai dengan pakaian sedondon berwarna putih bersanding di pelamin yang dihias ringkas tetapi menarik


Bacaan doa selamat dibacakan bagi mendapat keberkatan majlis dan juga untuk kerukunan rumahtangga kedua mempelai


Susunatur hidangan bagi meraikan tetamu. Menu yang menarik disamping jamuan yang enak!


Pengantin turut dihiburkan dengan persembahan tarian


Suamiku mengambil juadah dengan begitu sopan sekali! Berbaju hijau dengan misai melintang adalah panglima dari Putrajaya yang mahir dalam ilmu persilatan! Jangan hampir atau anda nahas!


Lagi ahli keluarga yang menjamu selera. Dulu semasa saya baru berkahwin, golongan ini merupakan anak-anak kecil...tapi sekarang..MasyaAllah! Kami ada ramai cucu meskipun masih muda belia!


Pengantin menjamu selera ditemani ahli keluarga di meja utama dengan berlatarbelakangkan tasik


Ini bukan round ke dua ke pak Aji?


Ni ada pantun dua kerat:-
Makan mi keluaran Mazwin
Tak sangka Syihin dah kawin!


2 orang kanak-kanak riang dengan gaya rock! Yang mana satu jadi pilihan?


Foto keluarga untuk kenangan.. Ramai yang available! Please forward your application form!



Tarian tali oleh si cilik Eirol! Saya terpegun melihat kehebatannya menari!





Nostalgia
Terkenang semasa dulu.....!!!


Alahai anak emak....!!!
Sedihnya nak berpisah.....Rasa macam tak nak balik.......!!!


Keluarga besar...Majlis dah selesai...
Dah tiba masanya kami berangkat balik....


My husband and his bodyguards!
Becareful...! Make a distance please!


Gadis berbaju kuning ini memaklumkan....selepas ini rombongan kena ke Afrika kerana calonnya orang jauh...!!!


Jiran-jiran turut tidak ketinggalan menghantar pengantin.


Keluarga Razmi Razak....bersantai menemani anak melihat ikan dan kura-kura. Ikan Jaws turut menghuni tasik ini!


Selesai majlis kami berangkat pulang sekitar jam 4 petang. Keadaan cuaca yang panas terik turut meningkatkan suhu dalam bas dan mengakibatkan penyaman udara kurang berkesan.

Masih lagi cerita dua kanak-kanak riang ini....
Dilahirkan di North Pole... mereka agak kebingungan dengan cuaca yang begitu panas


Atas permintaan ramai, kami menuju ke pekan rabu yang terletak hampir satu jam perjalanan.
Saya berpeluang bertemu orang kampung yang turut berniaga di salah satu lot di situ. Kak Natrah berlinangan air mata bila menceritakan kematian beberapa orang ahli keluarganya kepada saya. Berita yang sedih untuk saya terima kerana kak Natrah bagaikan keluarga saya.

Kak Natrah bersama kedainya di pekan rabu Alor Setar


Bangunan Pekan Rabu merupakan mercu tanda kepada bandar Alor Setar. Adalah tidak lengkap jika berkunjung ke Alor Setar tanpa mengunjungi Pekan Rabu.


Lelaki ini tidak menggunakan jejantas semasa melintas... Ini adalah hukuman kepadanya agar sentiasa beringat untuk menggunakan jejantas semasa melintas!


Saya tak pasti gaya apakah yang ingin ditunjukkan oleh saudara kita ini (aksi pelik ini digayakan oleh Zainal Yusof... abang ipar saya!)


Rombongan En Narud....bertolak balik setelah penat membeli belah...


Kami bertolak balik sekitar jam 7 malam. Kami ingin merakamkan ucapan tahniah dan selamat pengantin baru kepada kedua mempelai semoga berkekalan ke akhir hayat dan dilimpahi rezeki dan kesejahteraan hidup. Pujian juga harus diberikan kepada pengantin perempuan dan keluarga di atas kejayaan melaksanakan majlis yang meriah dan hidangan yang lazat disamping layanan yang mesra.
Juga terima kasih kepada En Narud (Abang Utih) dan keluarga yang bersusah payah menyewa bas bagi membawa sanak saudara ke majlis perkahwinan di Sungai Petani Kedah.
Semoga Allah merahmati anda semua.

Terima kasih!