Bagi yang ingin melihat imej yang jelas sila klik pada gambar!
Majlis pertunangan Azinda (panggilan manja-Inda)telah berlangsung dengan meriah pada 29 November 2009. Dihadiri lebih 100 ahli keluarga dan sahabat terdekat majlis bermula sekitar jam 12 tengahari. Kami menerima kunjungan dari pihak pengantin lelaki dengan membawa dulang hantaran bertemakan warna hijau pucuk pisang.
Majlis bermula bila wakil dari pihak kami Hj Razak memulakan ucapan ringkas sebagai menyambut tetamu yang hadir dan disusuli ucapan dari pihak lelaki yang menyerahkan dulang hantaran dan penetapan wang hantaran.
Tn Hj Razak Hj Jais menerima kehadiran tetamu
Ucapan dari pihak sebelah - menyerahkan dulang hantaran
Bacaan doa sebagai tanda majlis telah selamat disempurnakan.
Hantaran dari kedua belah pihak. Warna unggu adalah dari pihak perempuan manakala hijau dari pihak lelaki
Seterusnya ia disusuli dengan majlis menyarung cincin oleh keluarga lelaki ke jari Norazinda. Termeterailah sudah anakanda kami menjadi tunangan orang!
Majlis menyarung cincin dilakukan oleh bonda pihak lelaki. (Gambar ehsan Norazinda)... bateri habis da... tukar bateri
Ini boleh masuk iklan colgate...! (Gambar ehsan Inda)
Azinda is now part of their family...! (Gambar ehsan Inda)
Seronoknyer dia...!! Ayu berbaju warna purple...jahitan manik disempurnakan oleh anakanda kami Azimah...tempahan dibuka sekarang!
Hiasan pelamin dibelakang juga dihasilkan oleh Norazimah dan turut dibantu oleh Noraizan (idea bersama...mesti sebut nama atau saya kena saman!)
Ayu berbaju kurung. Tahun depan jadi isteri orang!
Turut hadir ialah Ken dan Vick yang merupakan teman rapat Inda
Bersama sipenjahit manik dan pereka pelamin - Norazimah ...Inda dipaksa menggayakan manik hasil seninya!
Antara teman rapat yang hadir
Bersama mak buyung (Noraziati)..dijangka meletup Feb next year! Bertambahlah cucu kami!
Bersama sepupu... dua dari kanan sudah berpunya...dua sebelah kiri... Please forward your application form!
Bersama maktok (nenda)- Hajah Sariah
Inda bersama ibu tersayang Hjh Rogayah..Senyum sedih nak lepaskan anak tahun depan..!
The family makan!
Antara tetamu yang hadir dalam majlis tahlil yang turut diadakan selepas zohor
Ratu pelamin...!!UNAVAILABLE...sorry application is CLOSED long ago
Jamuan tengahari berupa nasi biryani, kari daging, ayam masak merah, pelbagai jenis acar dan kuih muih.
Ratu pelamin...!!UNAVAILABLE...sorry application is CLOSED long ago
Jamuan tengahari berupa nasi biryani, kari daging, ayam masak merah, pelbagai jenis acar dan kuih muih.
Tetamu menikmati hidangan tengahari di khemah yang disediakan
Posing maut ini telah digayakan oleh Dek Wan...Bakal tamat belajar tak lama lagi... tak lama lagi dia punya turn!
Sempat lagi tu...!! Alan... anak bongsu pasangan Hj Harun dan Hjh Rogayah!
Menyiapkan hidangan untuk tetamu
Lebai kita (En Narud)mengagihkan nasi beriyani kepada para tetamu. Biryani disediakan oleh isterinya Pn Saleha...Sedap...
Azimah...tengah promote pelamin ciptaannya! Sila klik gambar untuk lihat dengan jelas
Adik kami Yan turut hadir bersama suami dan 2 orang puterinya
Azimah, Dek Wan dan Aishhhh (betul ke ejaan ni...)
Bukan selalu dapat peluang macam ni...
walaupun sedih dengan title atuk dan nenek namun semuanya terubat bila tengok wajah2 cucu yang ramai dan cute!
Menikmati juadah setelah selesai majlis...
Kesiannya abang ipar saya.... Lebai Narud (atau lebih popular dengan panggilan abang utih). Nasib baik ada tukang urut!
Siapa ni? Saya tanya dia...siapa suruh masuk...katanya "mak suruh masuk"...Ish..ish...tersyasyul pulak...!
Inilah wajah bakal pengantin...Aliff...!
Gambar penuh pelamin ciptaan Azimah...tengoklah wajah bakal pengantin lelaki tu...senyum sampai telinga!
Sempat lagi cerita pasal business! Peluang keemasan jangan dilepaskan...Kadir...tauke Score A
Saya telah dipaksa meletakkan wajah ini di blog dan saya bercadang mengenakan bayaran kerana mempromosi wajahnya! Ok yer Dek Wan?
Proses memasukkan kerusi roda ke dalam bonet kereta
Dek Mi..bersalaman dengan mak tok yang akan ke Johor Bahru
Ok.... bye...jumpa tahun depan bulan 4 untuk majlis perkahwinan Azinda - Aliff..