Wajah mu tak mengambarkan diri mu
Kau wanita tabah mengharungi hari mendatang
Tak kira waktu dan ketika
cintamu hanya satu
Setia pada mahligai yang dibina tanpa bicara
Cinta mu umpama majnun dan laila ..
Yang hanya mereka berdua yang tahu
Segalanya……
Kudrat mu mengatasi riak wajah mu
Sedih pilumu bersemadi bersama wajah mu
Sentiasa tenang melangkau badai
Emak..
aku masih ingat ketika bersama mu ..
mencari kayu api, pucuk paku, buah duku, rambutan
mahupun durian dan manggis....
kedegilan mu jelas walau patah kaki dan tangan
Aku masih ingat ketika kau mengejarku di padang bola
ketika senja mencakup tiba...
semua itu menjadi sebahagian dalam perjalanan hidup ku
hajat mu menjadikan aku seperti sekarang
emak …
aku pernah lihat penderitaan mu
aku pernah rasa sedih lara mu
pengorbanan mu ku rasai
aku tidak pernah menyalahkan mu
kaulah terbaik dalam hidup ku
walaupun tiada anugerah penanda pilihan jutaan manusia
kau ibu mithali ku.
Kau insan suci digelar Mak Nyok
Yang sentiasa megar di hati ku
Kebanggaanku,
Ketika kucupan sejuk di dahi mu
Membangkitkan rasa nostalgia lalu sepanjang bersamamu
Itulah kenangan abadi bersama mu
Dari seorang insan bernama emak…
Terima kasih mak…
Kerana memberikan ku ruang dalam hidup mu
Jasa mu tak kan terbalas
Kau tetap indah dalam memori ku
untuk selamanya…..
semoga Allah SWT memberi rahmat ke atas roh mu Amin……sukosensei
(Nukilan : Abd Sukor Bin Yusof)
AL-FATIHAH
Alfatihah buat ibu mertua saya Hajah Sariah Binti Hj Mohd Sayed yang telah kembali ke rahmatullah pada hari Sabtu 28 Mei 2011 bersamaan 24 JamadilAkhir 1432 jam 8.40 malam akibat uzur pada usia 82 tahun.
Beliau menghembuskan nafas terakhir di hadapan kekanda Saleha dan Nasruddin serta anak-anak di rumah mereka di Labis Johor.
Saya tidak melepaskan peluang untuk turut serta memandi dan mangkafankan jenazah mertua saya. Satu pengalaman yang tidak pernah saya lalui dan sangat bersyukur kerana dapat turut serta bersama adik beradik yang lain dalam menguruskan jenazah ibu mertua untuk kali terakhir.
Setelah dimandi dan dikafankan jenazah seterusnya disembahyangkan sebelum dibawa menaiki van jenazah menuju ke kampung halaman di Muar Johor.
Perjalanan van jenazah dari Labis ke Muar Johor
Jenazah seterusnya singgah di rumah kekanda Kamariah dan Wahid bagi memberi ruang orang-orang kampung dan sebahagian lagi kaum keluarga memberi penghormatan terakhir. Di sana sekali lagi sembahyang jenazah dilakukan.
Penduduk kampung dan saudara mara mendengar ucapan ringkas yang disampaikan oleh wakil keluarga sebelum jenazah dibawa ke tanah perkuburan.
Suasana di rumah kekanda Kamariah. Kelihatan dalam gambar ialah Kekanda Kamaluddin dan kekanda Zainal
Jenazah mula dibawa keluar
Anak-anak dan cucu mengambil bahagian mengusung jenazah
Jenazah dibawa menaiki van jenazah
Perjalan terakhir menuju ke tempat persemadian
Tiba di tanah perkuburan di Parit Haji Ali dimana jenazah arwah ibu akan disemadikan
Jenazah tiba di tanah perkuburan
Jenazah dibawa ke liang lahad
Persiapan terakhir sebelum jenazah dimasukkan ke liang lahad
Papan keranda di tutup
Keranda siap sedia untuk diturunkan ke liang lahad
Proses menurunkan jenazah mula dilakukan
Bertukar giliran menurunkan tanah
Air mawar disiram di pusara ibu
Cucuanda tidak melepaskan peluang menyiram air mawar di pusara atok
Bacaan talkin mengiringi perjalanan akhir jenazah ibu
Bacaan talkin
Bacaan talkin
Disinilah jasad mertua saya bersemadi. Semoga rohnya tenang di sana- Amin
Coretan Buat Emak
Emak,
Terima kasih di atas segala jasa emak kepada kami di waktu hayat emak masih ada. Sesugguhnya tiada perkataan yang mampu diucap, tiada juga budi yang mampu dibalas di atas segala pengorbanan dan jasa emak kepada kami. Meskipun hadir hanya sebagai menantu namun segala pengorbanan emak kepada anak-anak dapat saya rasai. Segala penat lelah dan pengorbanan emak tidak pernah berakhir sehinggalah emak terlantar sakit.
Emak,
Dengan berakhirnya nafas emak maka berakhirlah jua lara di hati emak. Berakhir jua kesengsaraan yang terpaksa ditanggung emak sepanjang tempoh kegeringan. Kini hanya tinggal kenangan bersama emak di memori ingatan kami. Tak akan terpadam selagi hayat dikandung badan. Segala cerita-cerita emak diwaktu kita bersama akan segar saya simpan dalam lipatan hidup. Percakapan emak ada kalanya mengundang kelucuan di hati kami...
Emak,
Kami redha dengan pemergian emak yang telah dijemput Yang Maha Esa. Namun ada kalanya tuntutan kehidupan menjadi penghalang untuk kita sentiasa bersama. Namun apakan daya kami...hanya Allah saja yang maha mengetahui...Kini suara emak tak akan kami dengari lagi...Senandung lagu lama emak untuk cucu-cucu hanya tinggal kenangan....
Emak,
Terima kasih atas segala jasa emak kepada saya dan keluarga. Jasa emak menjaga saya dan anak-anak sewaktu melahirkan tak akan saya lupakan. Tak mampu saya balas sehingga ke akhir nafas saya. Tiada dosa emak kepada saya dan anak-anak. Saya bersyukur dikurniakan seorang ibu mertua yang terbaik dalam hidup saya. Terima kasih emak.....
Emak,
Doa kami semua mengiringi pemergian emak mengadap Yang Maha Esa. Semoga diampunkan segala dosa-dosa dan kesilapan masa lampau. Sebagai manusia tiada siapa yang terlepas dari melakukan salah dan dosa.
Bagi pihak keluarga, saya mengucapkan ribuan terima kasih di atas ucapan takziah yang dikirim dan jutaan terima kasih juga kepada semua yang hadir menziarahi jenazah ibu mertua saya serta turut serta di majlis pengkebumian. Semoga Allah saja membalas jasa baik tuan-tuan dan puan-puan. Wassalam
Note: 1) Low quality of pictures is so much regretted. Pictures captured using handphone.
2) To family members those who wish to write something to the deceased as
remembrance please do so by clicking the word comments at the bottom of this writing.
Please don't leave your writing at the message box (message box is located at your
right side) as it will not last long and will dissapear as new messages coming in...Your
writings are so much welcomed!
Thank you