Monday, June 13, 2011

Berita Harian 14 Jun 2011

Minta UDA pulih imej Dayabumi
2011/06/14


PADA 11 Jun lalu saya dan suami menghantar anak mengikuti taklimat pengenalan yang dianjurkan Mercy Malaysia di aras 2 bangunan Dayabumi.

Setiba di stesen Kuala Lumpur pada jam 9.30 pagi, suasana sangat lengang, sangkaan saya mungkin kerana hari Sabtu dan ramai yang bercuti.
Saya amat terperanjat suasananya jauh berbeza daripada 20 tahun lalu. Sebagai rakyat Malaysia, saya masih ingat Dayabumi menjadi kebanggaan rakyat negara ini pada era 80-an dan awal 90-an ketika ia menjadi mercu tanda Kuala Lumpur.

Selepas mendapatkan tiket, kami terus ke ruang menunggu tren di platform. Ketika menunggu tren, saya mendapati bangunan stesen kereta api Kuala Lumpur itu kurang diselenggara menyebabkannya hilang aura sebagai satu peninggalan sejarah yang sangat bernilai. Ada kesan lumut di beberapa kawasan dinding dan batang paip dibiar tanpa penutup selain wayar dibiar terjuntai.

Saya ingin mencadangkan agar pemilik Dayabumi iaitu Perbadanan Pembangunan Bandar (UDA) atau pihak kerajaan mengambil inisiatif melakukan sesuatu agar Dayabumi kembali menjadi tarikan pelancong.

Keadaan yang sunyi jika dibiarkan berterusan, dikhuatiri mengundang aktiviti tidak sihat.

SITI ZALEHA RASHID, Sungai Choh, Rawang.