Permulaan puasa pada tahun lalu membuka cerita baru bila kami sekeluarga terpaksa mengemaskan semua barang-barang dan berpindah bagi memberi laluan kepada ubahsuai rumah kami yang sekian lama tertangguh akibat masalah yang tidak dapat dielakkan.
Sebelum ini kami sukar mendapatkan kontraktor yang boleh menguruskan dari A hingga ke Z iaitu dari mula penyediaan documentation hinggalah kerja-kerja baikpulih rumah selesai. Ah Tong diperkenalkan kepada suami saya oleh seorang rakan yang juga sedang memohon pinjaman perumahan bagi tujuan ubahsuai rumah.
Kami bernasib baik bila jiran kami .. Kak Milah.. membenarkan kami tinggal di rumahnya yang terletak di hadapan rumah kami. Rumah Kak Milah telah setahun terbiar akibat kematian Suria warga Indonesia yang bertanggungjawab menjaga rumah tersebut.
Proses ubahsuai bermula pada minggu pertama August 2011. Kontraktor yang dilantik ialah Ah Tong yang telah diberi tanggungjawab menyelesaikan hingga tamat ubahsuai rumah kami.
|
Rumah asal yang akan diubahsuai |
Proses bermula dengan kedatangan seramai 7 orang warga Indonesia. Diketuai oleh Kodir, mereka ini dari suku kaum Madura.Mereka akan menetap di rumah saya manakala kami sekeluarga berpindah ke rumah jiran yang kedudukannya bertentangan dengan rumah saya.
|
Team pertama yang tiba diketuai oleh Kodir dan kesemua mereka ialah dari suku kaum Madura Indonesia |
Proses pertama ialah membuka ikatan pagar bagi memudahkan kerja-kerja meroboh dan memunggah pasir atau simen.
|
Sebahagian batu bata beserta pasir dan juga batu konkrit telah tiba. Lori membawa paket-paket simen kelihatan sedang menurunkan paket-paket simen |
|
Kodir memberikan arahan |
|
Lori dengan muatan pasir |
|
Kerja-kerja menebang pokok rambutan dan pembersihan dilakukan bagi memudahkan penanaman cerucuk |
|
Tanah digali untuk menanam cerucuk atau piling |
|
Piling dilakukan bertujuan mengukuhkan kedudukan dinding dan kelihatan dalam gambar ialah luas kawasan baru yang akan ditambah |
|
Kerja-kerja piling |
|
Besi-besi untuk piling ialah untuk menambah kuat dinding dan kawasan yang ditambah |
|
Seorang pekerja melakukan kerja pemotongan dawai |
|
|
Besi-besi yang telah siap dipasang untuk menanam cerucuk |
|
Konkrit akan dimasukkan kedalam lubang yang digali |
|
Muaz menuang konkrit ke dalam acuan-acuan yang tersedia bagi penyedian bim |
|
|
Bunting pakej ubahsuai rumah untuk kakitangan kerajaan digantung sepanjang jalan masuk ke rumah saya oleh kontraktor yang dilantik |
|
Kebenaran dari Majlis Daerah Hulu Selangor mesti diperolehi terlebih dahulu sebelum ubahsuai dilakukan |
Kerja-kerja ubahsuai semestinya mendapat kelulusan awal dari PBT. Semua proses ini diuruskan sepenuhnya oleh kontraktor kami. Proses keseluruhan hanya memakan masa lebih kurang 3 bulan meliputi urusan dengan Kementerian Perumahan, Majlis Daerah Hulu Selangor, Bahagian Penilaian hartanah, melantik pelukis pelan bangunan, perjanjian guaman dan lain-lain lagi.
Setelah semua urusan dokumentasi selesai dan mendapat kelulusan, kontraktor diberi tempoh 2 bulan untuk menyiapkan ubahsuai dan Alhamdulillah semuanya berjalan mengikut pelan.
|
Proses mengikat batu bata dilakukan sebelum dinding lama di bahagian dalam dirobohkan
Terdapat beberapa kumpulan yang terlibat dalam proses ubahsuai rumah saya iaitu kumpulan pertama terdiri dari 7 orang (yang kemudian bertambah kepada 8 orang) pekerja Indonesia yang melakukan kerja-kerja asas iaitu menanam cerucuk, memecah lantai, dinding, memasang kerangka bumbung, memasang genting dan mengikat batu-bata serta plaster dinding. Hampir 90 peratus dari struktur asal rumah saya dirobohkan dan diganti baru.
Kumpulan ke dua terdiri dari 4 orang diketuai oleh seorang berbangsa Cina (saya telah lupa namanya) yang bertanggungjawab dalam memasang tile lantai, bilik air, dapur dan balkoni.
Kumpulan seterusnya ialah mereka yang bertanggungjawab bagi pendawaian semula keseluruhan elektrik di rumah saya. Bagi urusan pendawaian ini saya melantik kontraktor tambahan yang terdiri dari team Pak Usu saya iaitu Pak Usu Ali kerana banyak tambahan yang ingin saya lakukan kemudiannya tidak termasuk dalam perjanjian asal. Team pertama didatangkan dari Seremban oleh kontraktor saya.
|
|
Kehadiran Indah Water bagi mengosongkan tangki kumbahan |
|
Kerja-kerja pengosongan tangki kumbahan dilakukan oleh pekerja Indah Water |
Kumpulan seterusnya ialah dari syarikat di Kepong yang bertanggungjawab bagi memasang siling. Pemasangan siling dilakukan di semua bahagian termasuk bilik air dan dapur.
Kerja-kerja mengecat dilakukan oleh kumpulan dari Seremban yang terpaksa bermalam di rumah saya beberapa hari bagi menyudahkan kerja-kerja mengecat. Apa yang melucukan sepanjang tempoh mengecat, seorang rakan mereka terpaksa dikuarantin di bilik lain kerana dengkurnya terlalu kuat dan mengganggu rakan-rakan lain. Disebelah malam kebiasaannya mereka akan keluar ke bandar Rawang mulanya mencari panggung wayang dan ingin berkaraoke tapi ketika itu tiada panggung wayang kecuali hanya satu panggung yang menayangkan cerita Tamil dan untuk berkaraoke juga tidak banyak pilihan seperti sekarang. Akhirnya mereka tidur awal setelah selesai makan di bandar Rawang.
Untuk pemasangan gril, kumpulan ini didatangkan dari Seremban dengan kerja-kerja welding dilakukan di sana setelah ukuran awal diambil. Setelah siap dicat, gril tersebut dibawa dengan lori dan dipasang di semua tingkap dan pintu. Begitu juga pemasangan cermin tingkap dan pintu. Ukuran awal telah diambil bagi tujuan tempahan dan hanya dipasang sebaik tiba.
Akhir sekali ialah pemasangan kabinet dapur oleh syarikat yang dilantik dari Seremban. Hebat insan ini sebab hanya dia seorang yang melakukan kerja-kerja pemasangan.
|
Muaz meniti di atas bim pada ketinggian 10 kaki tanpa rasa takut |
|
Empat tiang utama yang telah siap dipasang. |
|
Proses mengikat batu batu yang hampir selesai |
|
Sentuhan terakhir sebelum menaikkan kerangka bumbung |
|
Keseluruhan bumbung lama dirobohkan dan diganti baru |
|
Pemasangan kerangka bumbung yang hampir siap |
|
Kerja-kerja memasang genting bermula |
|
Bergotong royong memasang genting |
|
Kerja pemasangan genting dipercepatkan untuk mengelakkan pekerja basah ditimpa hujan ketika enak dibuai mimpi di malam hari! |
|
Pemasangan genting di bahagian hadapan yang hampir siap |
|
Pemasangan genting di peringkat akhir |
|
Kerja-kerja mengemaskinikan pemasangan bumbung sedang dilakukan
Tinjauan dilakukan bagi memastikan tiada kebocoran
Pada 15 September 2011 pertama warga Indonesia seramai 8 orang mula meninggalkan rumah saya kerana tugas mereka telah tamat. Tugas mereka ialah melakukan piling, mengikat batu serta plaster serta menaikkan bumbung rumah. Sebuah van pekerja mengambil mereka pulang pada jam 1.30 tengahari. Saya berterimakasih di atas segala sumbangan yang telah mereka berikan.
Kumpulan pertama bersedia meninggalkan rumah saya setelah selesai tugas
Terima kasih
Van membawa mereka pulang untuk tugasan di tempat lain
Pendawaian elektrik dilakukan oleh 2 kontraktor
Kerja-kerja meratakan tanah sebelum memasang pagar
|
|
Memantapkan tebing bukit |
|
Tanah ditambah agar tidak terlalu curam bagi mengelak tebing runtuh
Mengecat tembok bakal dilakukan oleh insan ini dan rakannya yang berpengalaman selama 15 tahun |
|
Pasukan terakhir yang tinggal bagi kerja-kerja mengecat |
|
Kedudukan rumah saya di atas bukit membolehkan saya menikmati pemandangan yang menghijau |
|
Kerja-kerja mengikat pagar mula dilakukan |
|
Pemasangan pagar sementara sebelum diganti tembok batu |
|
Bahagian ruang tamu yang siap dicat |
|
Bilik air di bilik utama |
|
Bilik utama |
|
Bilik anak lelaki saya |
|
Sebahagian ruang tamu |
|
Bilik anak gadis saya |
|
Sebahagian ruang dapur |
Saya telah kehilangan banyak gambar-gambar seperti pemasangan jubin, siling, pendawaian elektrik, pemasangan gril dan tingkap serta kerja-kerja mengecat akibat hard disk yang corrupt. Seandainya ia dapat saya perolehi dari sumber lain akan saya uploadkan kemudian.
|
Team mengecat adalah team terakhir yang memberi sentuhan |
|
Pemasangan kipas dilakukan oleh team Pak Usu Ali |
|
Rumah saya di waktu malam |
|
Rumah yang siap di cat |
|
Antara tetamu yang hadir semasa doa selamat memasuki rumah baru |
Kami berpindah secara rasminya ke rumah baru kami pada 1 Oktober 2011. Ia disusuli dengan majlis doa selamat serta tahlil yang kami lakukan tidak lama selepas itu. Ucapan ribuan terima kasih kepada jiran-jiran, rakan-rakan serta ahli keluarga yang hadir.
|
Bacaan doa diketuai oleh En Azhar (berbaju hitam dan bersongkok putih) |
|
Antara tetamu wanita yang hadir |
|
Dibahagian tepi rumah kami dapat melihat view yang menghijau... |
|
Bahagian hadapan |
|
Sebahagian kaum keluarga yang menyumbang tenaga bagi majlis doa selamat dan tahlil |
|
Jiran rapat - dari kanan - kak Zuraida, Leha, Kak Eton dan Kak Ros. Terima kasih sudi datang.. |
Bagi mereka yang berminat untuk melakukan ubahsuai dan tidak mahu melalui proses dokumentasi yang rumit boleh hubungi saya di talian 019-6053576 untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas.