Monday, September 3, 2012

Melaka 31 Ogos 2012

Kami bertolak lebih kurang jam 9 pagi menuju ke Selatan bagi menghadiri majlis perkahwinan Enne di Muar Johor. Majlis akad nikah akan diadakan di sebelah malam. Suami bercadang untuk singgah di Melaka sebelum meneruskan perjalanan ke Muar Johor.

Pintu gerbang sebagai mangalu-ngalukan pelancung ke Melaka

Tiba di Melaka lebih kurang jam 11.30 pagi. Banyak bangunan yang masih dalam pembinaan semasa kunjungan kami pada tahun lepas kini telah siap sepenuhnya. Kami terus ke Banda Hilir sebagai tempat tumpuan. Disebabkan kunjungan kami ke Melaka sebelum ini masih baru maka tidak banyak yang menarik untuk dicuba.


Bagi memeriahkan sambutan hari merdeka pemilik beca ini turut menghiasi becanya dengan bendera Malaysia serta memakai topi Malaysia

Ini juga adalah pengalaman pertama kami merasai pengalaman merayakan hari kemerdekaan negara di luar Kuala Lumpur. Terdapat kesesakan kenderaan yang memasuki bandar Melaka. Bagi saya Melaka adalah antara tempat pilihan untuk dilawati. Pihak pemerintah telah berjaya menjadikan Melaka sebagai sebuah negeri pelancungan dengan membangunkan pelbagai tempat-tempat menarik selain tempat-tempat bersejarah yang telah sedia ada.

Banda Hilir Melaka

Berhampiran Dataran Palawan

Untuk pertama kalinya anak saya Azri pandai bergaya

Kereta bomba yang kini tinggal sejarah

Banda Hilir Melaka

Suami dan anak-anak

Kesemua anak-anak saya membeli cermin mata hitam di kedai ini

KTM yang tinggal sejarah

Banda Hilir

Pelbagai jenis fesyen dapat dilihat termasuklah fesyen yang pelik ini


Banda Hilir

Pelaburan yang banyak oleh kerajaan Melaka ternyata berbaloi dengan kebanjiran pelancungan dari dalam dan luar negara. Hotel-hotel yang bagaikan cendawan tumbuh memenuhi bandar Melaka dan kawasan sekitar selain apartment-apartment dan home stay untuk di sewa.

Holiday inn Melaka

Hotel Equatorial Melaka

Kami seterusnya menyusuri banyak kedai-kedai yang menjual barangan cenderamata. Terdapat pelbagai jenis barangan di sini.

Banda Hilir Melaka

Saya tak pasti apa sebenarnya yang suami saya mahu. Katanya lampu dan tangga mesti kelihatan dalam gambar. Tiada alasan diberikan!

Bersama anak-anak di kedai cenderamata


Setelah selesai bergambar baru kami sedar tulisan PHOTO IS NOT ALLOWED


Gelagat anak-anak saya yang nakal


Pelbagai jenis chop stick dijual di sini


Slippers dalam pelbagai variasi yang menarik


Gemuknya perempuan ini

Penat berjalan kami makan cendol jam besar berdekaan dataran Pahlawan


Akbar bersama sami Buddha

Uniknya pokok ini..

Masih berhampiran dataran Pahlawan

Dengan menaiki Menara Taming Sari kita boleh saksikan keseluruhan bandar Melaka


Bersama anak bongsu saya yang sangat manja Muhammad Azri

Bandar Melaka
Kami kemudiannya meneruskan perjalanan ke Pantai Kelebang di mana terletaknya Muzium kapal selam Malaysia yang pertama yang telah dibeli dari negara Perancis

Lambang 1 Malaysia di Pantai Kelebang

Pantai Kelabang
 Tiba di pantai Kelabang kami bertemu dengan uncle Joe yang begitu meminati layang-layang. Uncle Joe mahir membuat layang-layang dan mempelajari ilmu membuat layang-layang dari negara Cina

Uncle Joe dengan layang-layangnya yang unik

Menurut uncle Joe, bukan mudah untuk membina satu layang-layang. Ada kalanya beliau terpaksa membuatnya sehingga enam ke lapan kali sebelum berjaya diterbangkan. Dan uncle Joe telah habiskan ribuan ringgit bagi memenuhi minatnya itu.

Uncle Joe sibuk melayani anak saya Akbar
 Saya bertanya apa Uncle Joe buat di situ... katanya dia menunggu orang bermain layang-layangnya. Dia ingin semua orang bergembira kerana hari itu adalah hari merdeka... bagi uncle Joe semua orang mesti bergembira.

Suami saya pada mulanya ragu-ragu dengan kebolehan uncle Joe menerbangkan layang-layang ciptaannya

Uncle Joe bercerita bagaimana mangawal benang semasa layang-layang terbang

Antara layang-layang ciptaan uncle Joe

Leka bermain layang-layang sehingga kami terlewat tiba di Muar
 Uncle Joe begitu gembira dengan kehadiran kami dan ingin mengeluarkan semua layang-layangnya untuk diterbangkan. Dia begitu bersungguh-sungguh menyuruh kami bermain namun masa yang suntuk menyebabkan kami terpaksa beredar. Terlihat rasa kecewa di hati uncle Joe sebaik kami menyatakan kami ingin pergi...
Layang-layang uncle Joe berbentuk kelawar

Uncle Joe memang berjaya gembirakan kami!

Uncle Joe bersama anak saya Afifah

Uncle Joe sebak menceritakan betapa dia terlalu sunyi meniti usia emas.

Kami juga berjaya gembirakan uncle Joe petang itu


Uncle Joe turut meluahkan isi hatinya kepada kami. Dia begitu meminati layang-layang dan menghabiskan seluruh usia emasnya membuat pelbagai jenis layang-layang. Namun bagi uncle Joe dia kecewa bila minatnya tidak mendapat sokongan dari keluarganya.

Menurut uncle Joe, ramai yang bertanya dan ingin membeli layang-layangnya namun tidak ada satupun yang uncle Joe jual kerana baginya bukan mudah untuknya untuk membina sehingga berjaya menerbangkannya dan katanya lagi dia telah berjaya menerbangkan layang-layang yang berbentuk naga dengan kepala naga naik dahulu apabila ditiup angin...Itulah cerita uncle Joe kepada kami... Kami berjanji akan kembali ke pantai Kelebang untuk menemuinya sekiranya ada kesempatan..

Seterusnya kami mengunjungi muzium kapal selam yang turut terletak di pantai Kelabang. Bayaran hanya RM1 untuk dewasa dan 50 sen untuk kanak-kanak.


Kapal selam yang dibeli dari Perancis dan dijadikan muzium

Pandangan belakang kapal selam

Keluarga saya
 Kami hanya dibenarkan untuk melihat kapal selam disebelah luar sahaja. Ini kerana dibahagian dalam masih belum dibuka kerana memerlukan proses baik pulih sebelum orang awam dibenarkan masuk ke dalam perut kapal selam terbabit.
Bersama suami

Kuatnya anak saya mengangkat kapal selam
 Dengan hadir ke sini baru saya tahu rupanya banyak negara di dunia ini memiliki muzium kapal selam mereka sendiri. Ini bagi memberi pengetahuan kepada orang ramai fungsi kapal selam sebagai antara pertahanan negara terpenting.
Berat ke Nina?

Dengan hanya satu jari kapal selam berjaya diangkat
 Kami seterusnya meneruskan perjalanan ke Muar sebelum singgah di Umbai bagi menjamu selera.

Saya telah lama tertarik dengan bentuk kubah masjid di negeri Melaka
Medan ikan bakar Umbai
 Kami tiba di medan ikan bakar umbai jam 5 petang dan menikmati makan tengahari pada lewat petang.

Ikan siakap masak tiga rasa,kangkong goreng, sotong goreng tepung dan kerang bakar
 Seterusnya tiba di home stay sekitar jam 6.30 petang. Disebelah malamnya kami menghadiri majlis akad nikah anak saudara saya tidak jauh dari situ.
Home stay Muar

Sebelum berangkat ke majlis perkahwinan Enne
 Selesai majlis persandingan Enne pada 1 September 2012, kami berangkat pulang. Kami turut singgah di pusara ibu mertua saya di Parit Hj Ali.
Pusara ibu mertua saya
 Kenangan bersama mertua segar di ingatan kami membuatkan hati jadi sayu.

Inilah pusara ibu mertua saya

Rumah kami berkumpul satu ketika dulu kini tinggal kenangan
 Kami turut singgah di rumah peninggalan ibu mertua saya yang kini terbiar tanpa penghuni. Di sinilah kami berkumpul tiap kali raya.Halaman yang luas dipenuhi kenderaan anak dan cucu-cucu namun kini hanya rumput panjang yang menghiasi laman. Alfatihah...
Terminal bas Muar
 Kami meninggalkan bandar Muar sekitar jam 4 petang. Melewati terminal Muar mengingatkan saya akan pertama kali menjejakkan kaki ke bandar Muar bagi mengunjungi bakal ibu mertua saya ketika itu. Saya menaiki bas dan turun di terminal ini bersama suami (ketika itu bakal suami) dan dijemput oleh abang ipar sebelum dibawa ke Parit Unas.
Jambatan Muar
 Diketika perayaan jambatan Muar kebiasaannya menyaksikan kesesakan bila banyak kenderaan memasuki bandar ini.
Abang saya dan keluarganya mengiringi kami pulang
 Sebelum pulang ke Rawang kami singgah di rumah abang saya Muhammad Yusof bagi meraikan Aidil Fitri. Kakak ipar saya menyediakan pelbagai juadah istimewa menyambut ketibaan kami dan kesemuanya sedap-sedap belaka. Terima kasih banyak-banyak
Sebelum bertolak pulang ke Rawang
 Kami tiba di Rawang hampir jam 1 pagi. Alhamdulillah Allah pelihara perjalanan kami sehingga selamat tiba.