Saturday, July 31, 2010

Utusan Malaysia 31 Julai 2010

TERTIPU LOGO HALAL


Kebanyakan pelanggan restoran kopitiam yang beragama Islam tidak ragu-ragu untuk ke restoran tersebut kerana menyangka premis tersebut mempunyai logo sijil halal yang sah dikeluarkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia atau majlis agama negeri.


MASYARAKAT Islam sekali lagi ditipu. Sampai bila keadaan ini akan dibiarkan berlarutan dan sampai bila umat Islam akan terus ditipu demi memenuhi kantung mereka yang mengaut keuntungan dengan cara menipu orang lain?

Terdapat juga sebilangan masyarakat Islam sendiri yang memandang sepi soal pengambilan makanan halal. Meskipun tiada logo halal dan kedai bukan dimiliki orang Islam, mereka tanpa segan silu makan di situ. Alasan yang diberi ialah ada orang Islam bekerja di situ jadi makanannya pasti halal.

Diharapkan pihak Jakim lebih bertanggungjawab dalam menjaga kepentingan umat Islam di negara ini. Berada di negara sendiri yang meletakkan Islam sebagai agama rasmi, seharusnya mendapat makanan halal bukan satu masalah. Cukuplah penipuan yang sekian lama dilakukan ke atas umat Islam di negara ini.

SUKOSENSEI

Rawang, Selangor

2 comments:

  1. JKM pun liat nak umumkan secara rasmi mana satu restoren/kedai makan/hotel yang sudah dan masih mendapat sijil HALAL...

    ReplyDelete
  2. Kepentingan siapa yang nak dijaga? Bagai melepas batuk ditangga saja!

    ReplyDelete