Monday, December 24, 2012

Pulau Pinang 17 Dis 2012

Dari Gunung Keriang kami bergerak menuju ke Pulau Pinang melalui jalan lama. Banyak perubahan yang berlaku sejak puluhan tahun dahulu ketika saya selalu berulang alik menaiki bas MARA untuk pulang ke Kuala Lumpur. Ketika itu tiada lebuhraya. Perjalanan dari Alor Setar ke Kuala Lumpur mengambil masa 9 jam. Saya gembira tiap kali melalui jalan ke Sungai Petani, Kuala Muda seterusnya ke Butterworth. Pemandangan ketika itu dipenuhi pokok-pokok getah di kiri dan kanan jalan menjadikan suasana yang redup dan sangat cantik ditambah pula ketika musim daun-daun getah gugur..

Jambatan Merdeka - Kuala Muda
Namun pandangan seperti itu tiada lagi kini. Banyak pembangunan di sepanjang jalan menuju ke Pulau Pinang dipenuhi hutan batu dan tidak kelihatan lagi daun-daun getah yang berguguran.  Kami menyeberangi jambatan merdeka yang kini menjadi 2 lorong dari 1 lorong sebelumnya.

Kami tiba di jambatan Pulau Pinang ketika senja mula melabuhkan tirai. Kami beruntung kerana dapat menyaksikan pemandangan indah matahari terbenam ketika melalui jambatan Pulau Pinang. Perjalanan lancar meskipun jumlah kenderaan agak banyak.


Pemandangan matahari terbenam di Jambatan Pulau Pinang
Tiada kesesakan meskipun jumlah kenderaan agak banyak
Keindahan di jambatan Pulau Pinang
Kami terus ke penginapan yang ditempah. Sebuah hotel classic Cina. Saya menyukai rekabentuk lama samada di dalam bilik mahupun di kawasan luarnya. 


Hotel classic
Pemandangan luar hotel
Disebelah malamnya kami bergerak ke Padang Kota Lama dan menikmati Pasembor kegemaran suami saya. Saya menikmati laksa Penang manakala anak-anak dengan makanan kegemaran masing-masing. Banyak menu menjadi pilihan suami saya sehingga kenyang perut dibuatnya. 


Sesuatu yang menarik di sini ialah kita dikelilingi oleh pemilik-pemilik gerai  makanan menawarkan makanan mereka sebaik sahaja kita duduk di meja makan. Mereka akan terus bercakap dan mengulangi menu mereka selagi kita tidak membuat pesanan. Suasana di meja agak riuh rendah dengan semua mereka bercakap. Kami ketawa kerana agak terperanjat dengan suasana begini dan mereka berhenti sebaik pesanan dibuat.

City Hall
Steam boat
Antara menu yang dipesan
Menikmati makan malam
Berehat di Padang Kota Lama
Berehat sebentar menikmati angin laut sebelum kami  beredar untuk melihat bandaraya George Town pada waktu malam.  Hiasan pokok krismas menghiasi banyak bangunan bersempena X'mas yang bakal menjelang.


Hiasan pokok X'mas
Hiasan yang menarik 

Pancutan air di sebuah shopping complex
Bangunan Komtar di waktu malam
Kami turut singgah di sebuah kedai menjual ukiran-ukiran kayu namun ia telah ditutup. Barang-barangnya dibiarkan di luar kedai meskipun harganya mencecah ribuan ringgit. Tiada yang menarik dan kami pulang ke bilik untuk berehat.


Ukiran kayu dengan harga yang sangat mahal
Ukiran yang unik berbentuk kuda
Ukiran Francis Light

Pemandangan di sebuah shopping complex - saya menyukai warna hijau tumbuhan

18 Disember 2012

Keesokan pagi kami meninjau semula bandar George Town. George Town ialah sebuah bandar lama yang dipenuhi dengan bangunan-bangunan lama. Pengusaha-pengusaha kedai juga terdiri dari warga emas yang masih setia meneruskan warisan zaman berzaman. Pihak pemerintah tidak mengambil inisiatif bagi memberi sentuhan kepada bangunan-bangunan lama ini agar kelihatan menarik meskipun jumlah pelancung yang berkunjung ke pulau mutiara ini bukan sedikit. Ini jauh berbeza dengan kerajaan negeri Melaka yang berjaya menjadikan negeri Melaka sebagai negeri pelancungan terpenting di Malaysia. Terdapat juga sesetengah pekedai mengambil inisiatif sendiri memberi nafas baru kepada bangunan yang telah berusia lebih seratus tahun itu. Akibatnya berlaku pembangunan yang tidak seimbang. Di celah-celah bangunan baru terdapat bangunan yang sangat usang dan mencacatkan pandangan. Keadaan ini tidak sepatutnya berlaku kerana George Town adalah ibu negeri kepada Pulau Pinang.


Bangunan lama diberi sentuhan baru oleh pemilik kedai

Berehat di bangku yang unik
Bangunan lama yang dicat dengan warna menarik
Masjid Pintal Tali terletak di celah-celah bengunan

Cat yang luntur dan bangunan usang mencacatkan pandangan Pulau Pinang sebagai sebuah negeri pelancungan
Kami bergerak ke Penang Hill yang menempatkan kawasan berjoging. Terdapat ramai orang di situ yang memanafaatkan taman itu untuk berjoging atau beriadah dengan berjalan. Terdapat sejenis pokok yang ditanam di sepanjang jalan di taman tersebut di mana bunganya keluar di batang pokok dan menghasilkan haruman yang sungguh menyegarkan.Terdapat juga monyet-monyet yang berehat di atas pokok tanpa memperdulikan orang ramai yang lalu lalang.


Penang Hill
Sejenis pokok yang unik bila ia berbunga dan berbuah di batang pokok
Wajah sayu monyet yang merenung masa depan yang tidak menentu..
Comelnya monyet ini dengan rambut pacaknya!
Seterusnya kami bergerak ke Air Itam bagi menaiki train ke Bukit Bendera. Ramai orang yang beratur untuk naik ke atas. Penumpang tidak dibenarkan makan atau minum di dalam train bagi mengelak masalah makanan tersangkut di bahagian landasan. Barangkali satu usaha bagi mengelak peristiwa yang memalukan berulang bila mana train yang baru mula beroperasi rosak hanya selepas beberapa hari dilancarkan. Kami tiba di puncak sekitar jam 11 pagi. Tiada yang menarik selain pemandangan indah dari puncak bukit dengan keseluruhan bandar di Pulau Pinang dapat dilihat termasuk jambatan Pulau Pinang. 


Melepasi mesin pengimbas tiket untuk naik ke Bukit Bendera
Laluan ke Bukit Bendera
Pemandangan di puncak Bukit Bendera
Hutan semulajadi di puncak Bukit Bendera
Menikmati pemandangan yang indah di puncak 
Di hadapan The Owl Museum
Ini adalah train lama digunakan bagi mengangkut pengunjung ke Bukit Bendera sebelum diambil alih oleh coach baru
Puncak Bukit Bendera
Terdapat 3 rumah ibadat yang saya temui di sana iaitu Masjid Bukit Bendera, Kuil Sri Aruloli Thirumurugan dan juga gereja. Namun gereja seakan terbiar. Mungkin juga sedang dibaikpulih. 


Masjid Bukit Bendera
Kuil Sri Aruloli Thirumurugan
Gereja

Berehat seketika, kami kemudiannya bergerak turun ke bawah sekitar jam 1 tengahari.

Perjalanan ke bawah menaiki train

Pengunjung yang menunggu train untuk naik ke atas
Kami menyusuri laluan pantai ke Teluk Bahang dan Batu Feringghi serta George Town dan juga bandar-bandar lain. Singgah di Masjid Terapung untuk solat sebelum berhenti makan di sebuah Restoran mamak.


Masjid Negeri

Masjid Terapung 
 Seterusnya kami daftar masuk di guest house di Batu Feringghi untuk memberi laluan urusan suami. Disebelah petangnya kedua anak lelaki saya mandi manda di pantai manakala saya dan anak gadis saya cuma berehat di bilik. Demam saya yang belum pulih sepenuhnya turut membataskan pergerakan saya. Hujan lebat disebelah petang membolehkan kami rehat di bilik. Namun setelah hujan reda kami  keluar ke pantai sekadar untuk bersiar-siar. Saya kurang menggemari untuk mandi laut lebih-lebih lagi sepanjang pantai barat.  Namun saya teruja tiap kali melihat air laut disepanjang pantai Terengganu. Sungguh jernih sekali namun keadaan laut yang bergelora sangat merbahaya untuk mandi manda.

Pantai Batu Feringghi

Pantai Batu Feringghi
Pada malamnya kami menyusuri bazar malam atau night market yang terdapat di sepanjang jalan di Batu Feringghi. Berbagai barangan yang dijual dan tawar menawar giat berlaku. Meskipun ramai pelancung namun ada kedai yang terpaksa menurunkan harga semurah-murahnya kerana tiada satu pun barang yang berjaya dijual sepanjang hari tersebut dan pekedai tersebut merayu suami saya membeli sebuah beg komputer riba yang berharga RM120 dengan harga RM60 bagi membolehkannya membuat catatan jualan untuk hari itu. Sungguh memeranjatkan!! Itulah yang dinamakan berniaga. Kata suami saya kalau tiap waktu kita hanya untung, itu bukan berniaga namanya...kalau begitu semua orang mahu berniaga... Sebab itulah bukan semua orang berani mengambil risiko berniaga.. Takut menanggung rugi...Itulah celoteh suami saya. Saya akui kebenaran kata-kata suami saya.!!

Gerai makan di hias indah

Lanskap yang cantik menghidupkan suasana malam
Makan malam di kedai mamak

Menunggu makanan yang dipesan

Mahir membuat tocang
Hiasan yang menarik

Pelbagai jenis getah rambut
Sedang asyik menyusuri kedai-kedai, kami terserempak dengan kumpulan warga asing dan tempatan yang sedang menari. Mereka ialah penganut agama Hindu yang menyanyi sambil memuja-muja nama tuhan mereka. Beberapa orang mengajak saya menari. Saya menolak dengan sopan. Pada ketika yang sama terdapat dari kalangan mereka menghulurkan kitab suci agama hindu kepada saya namun saya menolaknya dengan sopan.


Penganut agama Hindu menari
 Kami akhirnya balik semula ke bilik. Suami mengajak saya keluar semua ke pantai dan kami menikmati cappucino berdua ditemani cahaya lilin dan hembusan angin laut di hadapan rumah penginapan kami. Pelayan kedai mempelawa kami datang setelah seminggu bagi menikmati suasana pantai ketika bulan penuh. Katanya pemandangan cantik ketika itu dan air laut dapat dilihat disinari cahaya bulan.

Minum cappucino ditemani cahaya lilin
 Kami seterusnya kembali ke bilik untuk merehatkan diri. 


19 Disember 2012

Keesokan pagi suami mengajak saya keluar bersiar-siar di pantai ditemani anak lelaki bongsu saya. Di pantai saya dapati banyak obor-obor berbentuk bulat dan juga tapak sulaiman. Anak saya teruja melihat tapak sulaiman dan tidak lagi menyertai kami kerana leka bermain dengan patrik. 
Awal pagi di pantai Batu Feringghi

Suami dan anak saya di pantai Batu Feringghi

Bot-bot nelayan di pantai Batu Feringghi

Menghilangkan kepenatan bekerja - tersenyum lebar sensei kita

Bot nelayan

Nelayan keluar menangkap udang

Obor-obor berbentuk bulat banyak terdapat di pantai

Kulit anak kepah yang seakan rama-rama

Anak kepah yang masih hidup

Tapak sulaiman banyak terdapat di pantai Batu Feringghi

Anak saya teruja bermain dengan tapak sulaiman yang dipanggil sebagai patrik dalam cerita Sponge Bob
Mengorek pasir untuk diletakkan patrik
Tapak sulaiman bersama obor-obor

Tapak sulaiman dalam bentuk yang menarik

Tapak sulaiman dengan saiz yang lebih besar

Lagi tapak sulaiman bersama obor-obor

Tapak sulaiman dibawa ombak
Terdapat beberapa ekor anjing yang menjadikan pantai sebagai tempat rehat yang menyamankan. Sementara menunggu suami dan dua anak lelaki saya mandi manda, saya mula berkemas untuk daftar keluar. Kami meninggalkan guest house pada jam 11.30 pagi.

Anjing yang tidur dengan nyenyaknya di pasir pantai

Bertindak sebagai Life Guard barangkali.. 

Mandi sebelum pulang
Dalam perjalanan sebelum meninggalkan Pulau Pinang saya singgah di beberapa kuil Buddha yang terletak di Jalan Burma.  Dua kuil ini terletak bertentangan dan dipisahkan oleh Jalan Burma. Dhammikarama Temple ialah kuil yang mendapat pengaruh Burma kerana dikatakan terdapat perkampungan Burma di situ suatu ketika dulu manakala Wat Chaiyamangalara ialah Kuil Thai yang dibina kemudian dengan 33 meter panjang patung Buddha terbaring di dalamnya. Senibina di kedua-dua kuil mempunyai kelebihan masing-masing dan memukau mata yang melihat dengan kilauan emas yang bergerlapan menghiasi bumbung emas kedua-dua kuil tersebut.



Wat Chaiyamangalara - Thai Buddhist Temple

Pintu gerbang Burmese Buddhist Temple -  Dhammikarama Temple

Hiasan di bahagian bumbung sungguh unik sekali

Seni ukiran kayu yang bukan mudah untuk dihasilkan

Hiasan keemasan menghiasi keseluruhan kuil

Terpukau saya melihat keindahan ukirannya

Penganut agama Buddha sedang bersembahyang

Laluan masuk di Burmese Buddhist Temple

Ruang sembahyang penganut agama Buddha

Saya tertanya-tanya bagaimana ukiran ini di jaga bagi mengekalkan ia sentiasa kelihatan  cantik dan tidak pudar

Satu lagi ukiran yang cukup unik

Untuk menghasilkan sesuatu seperti ini kemahiran yang tinggi perlu ada pada pengukirnya
Thai Buddhist Temple

Patung Buddha sedang berbaring merupakan antara yang terpanjang di dunia
Thai Buddhist Temple

Terdapat unsur-unsur pengaruh Hindu dalam seni ukiran ini
Thai Buddhist Temple

Pintu masuk ke Thai Buddhist Temple
Sesuatu yang menarik di Pulau Pinang ialah meskipun ia sebuah pulau yang kecil namun kepadatan penduduknya sangat tinggi. Jalan raya bersimpang siur dan jumlah kenderaan sangat banyak. Meskipun jumlah lampu isyarat terlalu banyak namun kita tidak perlu menunggu lama untuk lampu bertukar hijau. Perjalanannya lancar sekali. Berbeza di Kuala Lumpur dan Selangor kita rasa penat menanti lampu bertukar dari merah ke hijau dan saya sendiri pernah tertidur akibat kepenatan dan lama menunggu. Hanya tersedar apabila kereta belakang membunyikan hon. Itu belum ditambah cerita kemalangan di kanan jalan ... lorong di sebelah kiri pula yang sesaknya sampai beberapa kilometer di belakang akibat ramai yang memperlahankan kenderaan untuk menonton..!! Belum lagi cerita jika ada kenderaan yang rosak atau jalan yang sedang dibaiki dan satu lorong terpaksa digunakan...terpaksalah kita berbaris sehingga 5 kilometer panjangnya. Tiba di tempat kejadian...hanya sebuah  motosikal yang pecah tayarnya dan pemandunya calar di tangan dan sedang menalifon rakannya meminta bantuan..!! Itu saja... dan kita terpaksa melalui kesesakan yang begitu dasyat sekali? Berbaloikah? Mungkin kita semua rakyat yang sangat perihatin! Baguslah begitu..!!


Satu lorong ditutup namun kenderaan tetap bergerak lancar tanpa gangguan
Mesti fokus semasa memandu

Saya terus memandu melewati beberapa bandar sebelum tiba di jeti bagi menaiki feri untuk keluar dari Pulau Pinang. Setengah jam menunggu, kereta yang berbaris mula bergerak memasuki feri. Tiba di Seberang Perai saya terus memandu ke Perak Darul Ridzuan.


Lagi bangunan usang yang mencacatkan pemandangan

Bangunan lama yang tidak dipelihara dengan baik mencacatkan pandangan

Bergaduh adalah acara wajib untuk membingitkan telinga..!!!!!!

Mula bergerak menaiki feri

Meninggalkan Pulau Pinang

Kerja-kerja pemunggahan kontena dapat di lihat dari atas feri

Jambatan Pulau Pinang jelas kelihatan dari atas feri

                                                                            Kapal kargo 

Feri dari Seberang Perai menuju ke Pulau Pinang

Menikmati pemandangan sementara menunggu ketibaan di tanah besar

Mula bergerak keluar dari feri

Menuju ke negeri Perak Darul Ridzuan

Post saya seterusnya ialah di negeri Perak.