Saturday, December 22, 2012

Gunung Keriang 17 Disember 2012

Setelah menamatkan perjalanan kami di negeri Perlis Indera Kayangan kami bergerak menuju ke Gua Keriang. Gua Keriang menjadi idaman saya semenjak kecil lagi. Saya seringkali tertanya-tanya apa yang ada di Gunung Keriang. Saya hanya mengetahui namanya sahaja. Gunung Keriang dapat di lihat dengan jelas dari kampung saya. Saya seringkali duduk di tepi sawah sambil merenung Gunung Keriang. Kelihatan dekat sekali bagaikan saya boleh berjalan kaki ke sana.


Gunung Keriang Kedah
Cerita Gunung Keriang mati begitu sahaja sebaik saya meninggalkan kampung berhijrah ke Kuala Lumpur. Namun cerita Gunung Keriang muncul lagi bila saya terlihat di kaca tv mengenai penemuan batu-batu kristal di situ. Gunung Keriang kini bertukar menjadi tempat pelancungan yang diwartakan.


Kaki bukit Gunung Keriang
Gunung Keriang terletak kira-kira 7 kilometer dari bandar Alor Setar. Antara keunikan Gunung Keriang adalah lokasinya terletak di tengah-tengah sawah padi dan satu-satunya bukit batu kapur yang terdapat di situ. Selain itu ia kaya dengan batu-batu kristal yang cantik dan unik yang menjadi buruan kepada penggemar batu kristal. Di sesetengah tempat, Gunung Keriang masih jelas kelihatan dalam jarak 15 - 20 kilometer.

Peluang berkunjung ke utara memberi saya peluang untuk singgah di Gunung Keriang.  Kami tiba di kaki Gunung Keriang waktu tengahari namun kawasan sekitar ditutup untuk kerja-kerja pemulihan. Saya rasa kecewa. 


Muzium padi
Kami seterusnya ke muzium padi yang terletak bersebelahan dengan Gunung Keriang. Rekabentuk muzium sangat cantik dengan hiasan butir-butir padi pada kubahnya. Saya meninjau-ninjau kawasan luarnya. Seterusnya kami masuk ke dalam. Bayaran dikenakan ialah RM3.00 untuk dewasa dan RM1.00 untuk kanak-kanak manakala kamera/telefon bimbit berkamera RM2.00.


Muzium Padi terletak di Gunung Keriang, 8km dari Bandaraya Alor Setar. Telah dibuka dengan rasminya oleh KDYMM Tuanku Sultan Haji Abdul Halim Mu’adzam Shah, pada 12 Oktober 2004, bersamaan 27 Syaaban 1425.


Kubah dengan hiasan butiran padi
Bangunan yang berbentuk gemai padi ini mempunyai sebuah bangunan induk dan enam buah bangunan sampingan di sekelilingnya.Muzium yang berlatar belakangkan Gunung Keriang ini kelihatan seperti berada di tengah-tengah hamparan hijau, jika kita berkunjung pada musim menanam dan dalam hamparan keemasan pada musim padi masak.


Saya tidak tahu kenapa replika singa ada di sini

Cara sawah dibajak menggunakan peralatan lama

Selamat Datang ke Muzium Padi

Anak saya melakukan aksi tarian kuda atau Gangnam Style 

Tujuan utama muzium ini dibina ialah bagi mewujudkan sebuah muzium yang unggul untuk mempamerkan bahan-bahan berkaitan padi yang melibatkan budaya, penyelidikan dan pembangunan serta perkembangan teknologi padi.
Keluasan keseluruhan Muzium Padi ini ialah 12,000 meter persegi dan mempunyai tiga aras.

Sebaik masuk ke dalam, kami di sambut petugas untuk naik ke puncak Gunung Keriang. Kami kemudian dimaklumkan kita akan melihat pemandangan sebenar seperti berada di puncak Gunung Keriang dengan pemandangan 3 dimensi. Menurut petugas itu lagi... pemandangan di atas sangat menarik. Saya teruja untuk melihatnya.

Sebaik pendakian anak tangga ke kubah berakhir saya melihat di kejauhan hamparan sawah padi yang sungguh indah. Ia sebenarnya sebuah lukisan yang seakan hidup dengan panorama 3 dimensi. Kami seakan berada di puncak Gunung Keriang dengan pelantar pemerhati berpusing membolehkan kami melihat keseluruhan pemandangan sekitar termasuk bandar Alor Setar.
Paparan 3 dimensi seakan hidup

Saujana mata memandang sawah padi

Kehebatan pelukis terserlah dengan pemandangan seolah asli

Dari pelantar pemerhati

Pelantar yang berpusing memudahkan kami melihat kawasan sekeliling

Mendung dengan pembentukan pelangi. proses tanaman padi baru bermula

Saya dan anak-anak

Pokok padi yang mula menghijau

Pokok padi yang sudah bersedia untuk di tuai

Pemandangan yang indah dengan bandar Alor Setar boleh kelihatan

Pengunjung berehat menikmati pemandangan dari pelantar pemerhati

Contoh-contoh padi

Kepada yang belum berkunjung ke muzium padi saya mencadangkan anda mencuba ke sana kerana ia muzium pertama yang sangat unik saya lihat. Memang menarik dan saya kagum pada konsep yang dipamerkan.
Menangkap ikan tilapia oleh petugas

Memetik buah asam jawa muda di luar muzium padi..enak sekali
Namun saya berazam untuk melawat Gunung Keriang sekali lagi termasuk mendaki ke puncak satu hari nanti apabila ia kembali di buka untuk kunjungan orang ramai. Saya ingin melihat batu-batu kristal jika masih lagi wujud kerana dikatakan ia kini semakin berkurang akibat dibawa keluar oleh penggemar-penggemar kristal.
Saya memberikan 4 bintang untuk muzium padi...silalah ke sana...

Post saya seterusnya ialah ke Pulau Pinang

No comments:

Post a Comment