Saturday, December 22, 2012

Kuala Perlis 17 Disember 2012

Kami bergerak ke Arau bagi mendapatkan penginapan untuk kami bermalam. Tempahan telah dibuat dan berpandu GPS kami menjejaki lokasi Brilliant Inn yang terletak di Arau Perlis. Selepas urusan mendaftar masuk dan merehatkan diri , kami mula bergerak ke Kuala Perlis pada jam 6 petang.


Pemandangan Brilliant Inn pada waktu malam
Saluran tv thai boleh diperolehi kerana berhampiran dengan sempadan


Bilik yang sederhana cukup untuk kami anak beranak
Kami singgah di Masjid Alwi Kangar bagi solat maghrib. Tiada doa yang di baca selepas solat berjemaah kerana kalangan masyarakat di sini berfahaman Wahabi.


Masji Syed Alwi Kangar
Kami kemudiannya menyusur ke Kuala Perlis bagi mencari sesuatu yang istimewa untuk makan malam kami. 
Kami singgah di sebuah restoran yang kelihatan agak menarik dari jalan besar dengan hiasan lampu-lampu dan juga jumlah kerusi yang begitu banyak. Pasti restoran ini menerima kunjungan ramai orang dan semestinya sedap.


Penat menunggu
Kami mula memesan makanan. Lebih 1 jam makanan yang dipesan tidak kunjung tiba. Ramai pengunjung yang kelihatan menunggu dengan minum air sebagai pengalas perut sementara menunggu makanan tiba. Tidak kurang juga yang pulang hampa. Terasa hati mahu saja kami turut meninggalkan restoran tersebut tapi bila mengenangkan sotong dan udang yang telah ditimbang dan makanan lain yang ditempah, kami gagahi menunggu. Lebih satu jam menunggu akhirnya makanan yang kami pesan tiba jua. Pelayan memohon maaf kepada kami kerana masalah tukang masak lari menyebabkan hidangan yang dipesan lambat tiba. Rupanya mereka kekurangan tukang masak...Maaf diterima!


Akhirnya makanan tiba
Kami menikmati hidangan. Boleh tahan enak! Tidak sia-sia kami menunggu...
Pekan Kuala Perlis yang meriah dengan orang ramai meskipun sudah jam 10 malam
Selesai makan kami menuju ke jeti Kuala Perlis. Kesesakan kereta yang diparking termasuk bas-bas persiaran memenuhi ruang parking yang disediakan. Tidak sia-sia Tun Mahathir mengisytiharkan Langkawi sebagai pulau bebas cukai. Kuala Perlis mendapat kesan yang begitu ketara. Tanpa Langkawi, Kuala Perlis hanya sebuah bandar yang sepi dan suram. Terima kasih Tun Mahathir! Penduduk tempatan dapat merebut peluang perniagaan dengan kehadiran begitu ramai pelancung yang ingin menaiki feri ke Langkawi.


Night market atau bazar malam

Pihak kerajaan juga menyediakan tapak untuk night market yang menjual pelbagai produk tempatan dan luar. Kami turut mengunjungi tempat ini bagi melihat-lihat barangan yang dijual.

Kami seterusnya pulang ke hotel dan tidur dengan nyenyaknya akibat kepenatan. Esoknya kami meneruskan perjalanan ke Kedah. Namun sebelum itu kami sekali lagi singgah di Kuala Perlis kerana kunjungan kami pada malam hari membataskan pemandangan sekitar. Kami memasuki Sungai Baharu yang terletak di sepanjang pantai. Padi ialah tanaman utama di sini.


Teh O panas dan teh ais yang dipesan berwarna seakan air oren

Kami singgah untuk bersarapan pagi di warung tepi jalan. Saya gembira dapat makan di bawah pokok ceri ditemani angin yang dingin. Suhu sekitar 24 darjah celcius. Terdapat makcik-makcik yang memancing di terusan berdekatan. Banyak ikan dalam terusan tersebut. Saya teruja bila sesekali ikan memakan umpan makcik tersebut. Saya dan suami makan laksa Kuala Perlis manakala anak-anak memesan makanan kegemaran mereka. Namun air teh O yang saya pesan tidak saya minum kerana takut pada warnanya yang seakan air oren akibat pewarna yang berlebihan yang dicampur ke dalam daun teh sebelum dikeringkan.


Kuew tiaw goreng - rasanya manis


Agak dingin di pagi hari ditemani angin yang bertiup



Terusan di belakang didapati banyak ikan
Kami turut singgah membeli belacan yang diusahakan oleh orang kampung. Kawasan ini merupakan tempat pengeluaran belacan. Kebanyakan penduduk di sini mengusahakan pengeluaran belacan. Saya melihat belacan-belacan ini dijemur untuk dikeringkan sebelum dibungkus.


Belacan yang dijemur sebelum dibungkus


Bimbingan Jabatan Perikanan Negeri Perlis


Membeli belacan dan produk lain yang telah siap dibungkus
Pengeluaran belacan dapat meningkatkan ekonomi penduduk tempatan
Seterusnya kami singgah di gerai-gerai menjual barang-barang pasar seperti ikan-ikan dan sayur-sayur dan bermacam lagi. Ikan-ikan yang dijual di sini semuanya segar-segar belaka. Namun maklum balas peniaga di sini memberitahu saya.. pengunjung di sini ramai namun tiada parking menyebabkan mereka hanya berlalu pergi. Jalan yang sempit dengan bahu jalan yang terhad menyebabkan kenderaan sukar diletakkan di bahu jalan.


Kami kemudiannya singgah di Muzium Kota Kayang.Terdapat tiga galeri iaitu galeri am yang mempamerkan kronologi pembinaan Kota Kayang, peralatan harian golongan bangsawan di Perlis, galeri arkeologi yang mempamerkan hasil penyelidikan Kota Kayang dan sekitar negeri Perlis serta galeri Kedah / Perlis yang mempamerkan salasilah diraja negeri Perlis bermula dari Nabi Muhammad s.a.w dan replika bunga emas, kesan pendudukan penjajah dan 
pelbagai koleksi yang menarik.

Muzium Kota Kayang
Muzium Kota Kayang
Pintu masuk utama ke Muzium Kota Kayang
Muzium Kota Kayang merupakan sebuah muzium yang terletak di Perlis. Muzium Kota Kayang terletak bersekitaran Bukit Layang, Bukit Lambong Panah, Bukit Jagat Hutang, Bukit Wai dan Bukit Menara dalam mukim Kayang iaitu berhampiran terusan buatan manusia iaitu yang tertua di Semenanjung.
Tepak sirih


Saya kurang pasti nama alat ini


Peralatan menangkap ikan


Peralatan harian


Peralatan di dapur milik golongan bangsawan


Perahu lama
Beraneka jenis keris 

Alat kebesaran golongan bangsawan - disarungkan di kepala
Replika manusia zaman dulu

Pelbagai bentuk matawang 

Penemuan batu nesan Acheh sebagai bahan bukti kemasukan Islam ke Tanah Melayu
Saya mengambil sedikit masa meninjau keadaan persekitaran muzium. Disebabkan ia terletak di kaki bukit maka pemandangannya sangat cantik dengan pemandangan yang menghijau dan terdapat batu-batu bukit di situ. Sesekali saya terlihat sekawan monyet melompat di hutan berdekatan namun pergerakannya yang begitu pantas menyebabkan saya gagal merakam aksi tersebut. Wajah mereka juga agak berbeza dari yang saya biasa lihat. Mungkin mereka ini dari spesis yang berbeza.


Pemandangan sekitar Muzium Kota Kayang
Turut dihiasi dengan tanaman hiasan taman
Juga terdapat tasik mini di sini

Anak manja saya Muhammad Azri

Sesekali monyet bergayut di hutan belakang

Kawasan sekitar dijaga rapi

Sekali pandang seakan betul tapi ia sebenarnya replika burung nuri
Saya menamatkan penjelajahan saya di negeri Perlis dengan berakhirnya kunjungan saya di Muzium Kota Kayang, Kami seterusnya menuju ke negeri Kedah Darulaman. Destinasi kami seterusnya ialah ke Gunung Keriang Kedah - negeri kelahiran saya.

No comments:

Post a Comment