Gua Kelam Perlis (16 Disember 2012)
Gua Kelam Perlis |
Pintu ke Gua Kelam |
Meliputi 370m gua batu kapur dan terletak di sebuah bandar kecil di Kaki Bukit. Gua Kelam di namakan sempena dengan keadaannya di mana kedudukannya di kaki bukit dan suasana kelam yang sentiasa menyelubungi gua ini.
Gua Kelam dikendalikan oleh Jabatan Perhutanan Negeri Perlis |
Sungai bawah tanah yang panjangnya lebih kurang 400 meter mengalir melalui banjaran batu kapur dapat dilihat semasa melalui gua ini. Sungai bawah tanah ini adalah fenomena kejadian semulajadi. Bekalan elektrik disediakan untuk pelawat menikmati keindahan dalam gua.
Sungai dan hutan semulajadi sungguh menenangkan |
Saya terpesona sebaik tiba di kaki bukit yang menempatkan Gua Kelam. Pemandangan sekitar sungguh indah sekali dengan aliran air sungai dan tumbuhan semulajadi menjadikan suasana sungguh mendamaikan.
Pintu masuk ke Gua Kelam |
Sewaktu kaki melangkah masuk ke pintu gua, saya terpegun melihat bentuk-bentuk yang terhasil dari pembentukan batu kapur dan juga hakisan dari air yang mengalir sejak jutaan tahun dahulu. Sungguh indah alam ciptaan tuhan!
Pemandangan dalam Gua Kelam |
Bekalan elektrik digunakan untuk pengunjung mudah melihat bentuk-bentuk yang unik |
Pemandangan dalam Gua Kelam |
Saya terpegun dengan pemandangan yang sungguh indah |
Ruang rehat disediakan untuk pengunjung menikmati keindahan Gua Kelam |
Bentuk-bentuk takungan air bertingkat terhasil dari proses hakisan dan titisan air |
Zoom in - takungan air bertingkat |
Di bahagian luar Gua Kelam |
Pandangan Gua Kelam dari luar |
Kawasan tinggi di luar Gua Kelam |
Saya teruja menikmati pemandangan yang sungguh indah |
Taman riadah disediakan bagi pengunjung menikmati pemandangan |
Bunyi air yang mengalir sungguh mendamaikan |
Rimbunan pokok-pokok menjadikan suasana sekitar redup |
Saya tidak pasti berapa usia pokok ini |
Saya juga tidak faham bagaimana akar pokok ini jadi begini |
Kumpulan remaja sedang mandi manda |
Kawasan taman yang baru dibangunkan |
Menikmati pemandangan dari kawasan tinggi yang disediakan |
Kami seterusnya meninggalkan Gua Kelam dengan penuh kepuasan. Dalam perjalanan ke Arau kami singgah di Taman Tasek Resort. Pemandangan di sini sungguh indah dengan pelbagai kelengkapan disediakan termasuk wakaf-wakaf, chalet-chalet dan juga dewan bagi kemudahan berkursus barangkali.
Terdapat sekawan kerbau berehat di sini |
Kawasan peranginan yang cantik ini seakan kurang mendapat sambutan. Terdapat najis kerbau bertaburan di sana sini yang mencacatkan pandangan. Gerai menjual makanan juga ditutup akibat kurang pengunjung.
Keindahan alam semulajadi |
Tasek yang terbentang luas dengan berlatarbelakang gunung ganang menjadikan kawasan ini cantik. Saya teringat negeri Perlis mendapat jolokan Indera Kayangan... terasa bagai berada di Kayangan. Saya mengakui bentuk muka bumi di kawasan ini memang cantik sekali.
Menikmati pemandangan |
Anak saya Muhammad Akbar terpaksa membersihkan najis kerbau yang terpijak |
Suami saya melihat hotel yang telah ditempah |
Keindahan tasek |
Kami menamatkan kunjungan kami ke Tasek Resort ini sekitar jam 3 petang dan bergerak ke Arau bagi check in hotel yang ditempah. Berpandukan GPS kami menuju ke Arau Perlis.
Pos saya seterusnya ialah di Arau dan Kuala Perlis.
Pos saya seterusnya ialah di Arau dan Kuala Perlis.
you are invited to follow my blog
ReplyDeleteThank you Steve
Delete