Dari Gunung Keriang kami bergerak menuju ke Pulau Pinang melalui jalan lama. Banyak perubahan yang berlaku sejak puluhan tahun dahulu ketika saya selalu berulang alik menaiki bas MARA untuk pulang ke Kuala Lumpur. Ketika itu tiada lebuhraya. Perjalanan dari Alor Setar ke Kuala Lumpur mengambil masa 9 jam. Saya gembira tiap kali melalui jalan ke Sungai Petani, Kuala Muda seterusnya ke Butterworth. Pemandangan ketika itu dipenuhi pokok-pokok getah di kiri dan kanan jalan menjadikan suasana yang redup dan sangat cantik ditambah pula ketika musim daun-daun getah gugur..
Jambatan Merdeka - Kuala Muda |
Kami tiba di jambatan Pulau Pinang ketika senja mula melabuhkan tirai. Kami beruntung kerana dapat menyaksikan pemandangan indah matahari terbenam ketika melalui jambatan Pulau Pinang. Perjalanan lancar meskipun jumlah kenderaan agak banyak.
Pemandangan matahari terbenam di Jambatan Pulau Pinang |
Tiada kesesakan meskipun jumlah kenderaan agak banyak |
Keindahan di jambatan Pulau Pinang |
Hotel classic |
Pemandangan luar hotel |
Sesuatu yang menarik di sini ialah kita
dikelilingi oleh pemilik-pemilik gerai makanan menawarkan makanan mereka sebaik sahaja kita duduk di meja makan.
Mereka akan terus bercakap dan mengulangi menu mereka selagi kita tidak membuat
pesanan. Suasana di meja agak riuh rendah dengan semua mereka bercakap. Kami
ketawa kerana agak terperanjat dengan suasana begini dan mereka berhenti sebaik
pesanan dibuat.
City Hall |
Steam boat |
Antara menu yang dipesan |
Menikmati makan malam |
Berehat di Padang Kota Lama |
Hiasan pokok X'mas |
Hiasan yang menarik |
Pancutan air di sebuah shopping complex |
Bangunan Komtar di waktu malam |
Ukiran kayu dengan harga yang sangat mahal |
Ukiran yang unik berbentuk kuda |
Ukiran Francis Light |
Pemandangan di sebuah shopping complex - saya menyukai warna hijau tumbuhan |
18 Disember 2012
Keesokan pagi kami meninjau semula bandar George Town. George Town ialah sebuah bandar lama yang dipenuhi dengan bangunan-bangunan lama. Pengusaha-pengusaha kedai juga terdiri dari warga emas yang masih setia meneruskan warisan zaman berzaman. Pihak pemerintah tidak mengambil inisiatif bagi memberi sentuhan kepada bangunan-bangunan lama ini agar kelihatan menarik meskipun jumlah pelancung yang berkunjung ke pulau mutiara ini bukan sedikit. Ini jauh berbeza dengan kerajaan negeri Melaka yang berjaya menjadikan negeri Melaka sebagai negeri pelancungan terpenting di Malaysia. Terdapat juga sesetengah pekedai mengambil inisiatif sendiri memberi nafas baru kepada bangunan yang telah berusia lebih seratus tahun itu. Akibatnya berlaku pembangunan yang tidak seimbang. Di celah-celah bangunan baru terdapat bangunan yang sangat usang dan mencacatkan pandangan. Keadaan ini tidak sepatutnya berlaku kerana George Town adalah ibu negeri kepada Pulau Pinang.
Bangunan lama diberi sentuhan baru oleh pemilik kedai |
Berehat di bangku yang unik |
Bangunan lama yang dicat dengan warna menarik |
Masjid Pintal Tali terletak di celah-celah bengunan |
Cat yang luntur dan bangunan usang mencacatkan pandangan Pulau Pinang sebagai sebuah negeri pelancungan |
Penang Hill |
Sejenis pokok yang unik bila ia berbunga dan berbuah di batang pokok |
Wajah sayu monyet yang merenung masa depan yang tidak menentu.. |
Comelnya monyet ini dengan rambut pacaknya! |
Melepasi mesin pengimbas tiket untuk naik ke Bukit Bendera |
Laluan ke Bukit Bendera |
Pemandangan di puncak Bukit Bendera |
Hutan semulajadi di puncak Bukit Bendera |
Menikmati pemandangan yang indah di puncak |
Di hadapan The Owl Museum |
Ini adalah train lama digunakan bagi mengangkut pengunjung ke Bukit Bendera sebelum diambil alih oleh coach baru |
Puncak Bukit Bendera |
Masjid Bukit Bendera |
Kuil Sri Aruloli Thirumurugan |
Gereja
Berehat seketika, kami kemudiannya bergerak turun ke bawah sekitar jam 1 tengahari.
|
Perjalanan ke bawah menaiki train |
Pengunjung yang menunggu train untuk naik ke atas |
Masjid Negeri |
Masjid Terapung |
Pantai Batu Feringghi |
Pantai Batu Feringghi |
Gerai makan di hias indah |
Lanskap yang cantik menghidupkan suasana malam |
Makan malam di kedai mamak |
Menunggu makanan yang dipesan |
Mahir membuat tocang |
Hiasan yang menarik |
Pelbagai jenis getah rambut |
Penganut agama Hindu menari |
Minum cappucino ditemani cahaya lilin |
19 Disember 2012
Keesokan pagi suami mengajak saya keluar bersiar-siar di pantai ditemani anak lelaki bongsu saya. Di pantai saya dapati banyak obor-obor berbentuk bulat dan juga tapak sulaiman. Anak saya teruja melihat tapak sulaiman dan tidak lagi menyertai kami kerana leka bermain dengan patrik.
Awal pagi di pantai Batu Feringghi |
Suami dan anak saya di pantai Batu Feringghi |
Bot-bot nelayan di pantai Batu Feringghi |
Menghilangkan kepenatan bekerja - tersenyum lebar sensei kita |
Bot nelayan |
Nelayan keluar menangkap udang |
Obor-obor berbentuk bulat banyak terdapat di pantai |
Kulit anak kepah yang seakan rama-rama |
Anak kepah yang masih hidup |
Tapak sulaiman banyak terdapat di pantai Batu Feringghi |
Anak saya teruja bermain dengan tapak sulaiman yang dipanggil sebagai patrik dalam cerita Sponge Bob |
Mengorek pasir untuk diletakkan patrik |
Tapak sulaiman bersama obor-obor |
Tapak sulaiman dalam bentuk yang menarik |
Tapak sulaiman dengan saiz yang lebih besar |
Lagi tapak sulaiman bersama obor-obor |
Tapak sulaiman dibawa ombak |
Anjing yang tidur dengan nyenyaknya di pasir pantai |
Bertindak sebagai Life Guard barangkali.. |
Mandi sebelum pulang |
Wat Chaiyamangalara - Thai Buddhist Temple |
Pintu gerbang Burmese Buddhist Temple - Dhammikarama Temple |
Hiasan di bahagian bumbung sungguh unik sekali |
Seni ukiran kayu yang bukan mudah untuk dihasilkan |
Hiasan keemasan menghiasi keseluruhan kuil |
Terpukau saya melihat keindahan ukirannya |
Penganut agama Buddha sedang bersembahyang |
Laluan masuk di Burmese Buddhist Temple |
Ruang sembahyang penganut agama Buddha |
Saya tertanya-tanya bagaimana ukiran ini di jaga bagi mengekalkan ia sentiasa kelihatan cantik dan tidak pudar |
Satu lagi ukiran yang cukup unik |
Untuk menghasilkan sesuatu seperti ini kemahiran yang tinggi perlu ada pada pengukirnya Thai Buddhist Temple |
Patung Buddha sedang berbaring merupakan antara yang terpanjang di dunia Thai Buddhist Temple |
Terdapat unsur-unsur pengaruh Hindu dalam seni ukiran ini Thai Buddhist Temple |
Pintu masuk ke Thai Buddhist Temple |
Satu lorong ditutup namun kenderaan tetap bergerak lancar tanpa gangguan |
Mesti fokus semasa memandu |
Saya terus memandu melewati beberapa bandar sebelum tiba di jeti bagi menaiki feri untuk keluar dari Pulau Pinang. Setengah jam menunggu, kereta yang berbaris mula bergerak memasuki feri. Tiba di Seberang Perai saya terus memandu ke Perak Darul Ridzuan.
Lagi bangunan usang yang mencacatkan pemandangan |
Bangunan lama yang tidak dipelihara dengan baik mencacatkan pandangan |
Bergaduh adalah acara wajib untuk membingitkan telinga..!!!!!! |
Mula bergerak menaiki feri |
Meninggalkan Pulau Pinang |
Kerja-kerja pemunggahan kontena dapat di lihat dari atas feri |
Jambatan Pulau Pinang jelas kelihatan dari atas feri |
Kapal kargo
Feri dari Seberang Perai menuju ke Pulau Pinang |
Menikmati pemandangan sementara menunggu ketibaan di tanah besar |
Mula bergerak keluar dari feri |
Menuju ke negeri Perak Darul Ridzuan |
Post saya seterusnya ialah di negeri Perak.